|
W e l c o m e Tweet me; @nurulsuperduper Like my photos; @nnurulain Thanks to Re-edited by : Your Name Image by : We♥It Best view : Google Chrome |
Asalamuailakum
Apa khabar semua? *krik-krik* senyap. Duhh, mestilah takde orang akan baca blog ini.. Maaf, I "hiatus" amat lama. Kira - kira 6 bulan meng-hilangkan diri yo! Dalam diam diam, sudah tiba akhir tahun. Sekarang sudah bulan dec. Waktu berlalu dengan pantas, sampai saya sendiri tak sedar. Tahun 2012 boleh dikatakan penuh dengan kegembiraan dan kesedihan. Kalau boleh putarkan waktu kan bagus. Tapi walaubagaimanapun hidup kan kene teruskan walaupun kita suka atau tak. Redha. Pengalaman yang paling manis pada tahun ini ialah apabila dapat ke luar negeri sebanyak 2 kali. Syukur alhamdulilah. Pada bulan mac, saya membuat kerja sukarelawan dengan RP ke kemboja. Dan bulan okt pula, saya ke bangkok dengan rakan rakan sekursus bersama RP juga. Itulah, pengalaman yang amat manis yang tak mungkin dapat saya lupakan. Tahun ini juga kali pertama saya dapat menaiki kapal terbang. Walaupun penjalanan ke negeri kemboja dan bangkok hanya 2 jam, tapi rasa sekejap sahaja. Itulah, kalau dapat duduk dengan kawan kawan di dalam kapal terbang kan, kecoh sungguh. Terutama, apabila ke bangkok, dapat naik kapal terbang SQ, boleh dikatakan semua orang jakun sungguh. "high-class" Seolah-olah, kapal terbang itu milil kami. Kami tak endahkan penumpang yang lain pun. Tahun ini juga, mula rapat dengan kawan kawan RP. Dah akhir tahun di RP baru dapat kawan rapat, sedih kan. Betul, walaupun dah tiga tahun di RP, baru tahun ini dapat ramai kawan rapat. Masih ingat lagi, masa tahun pertama dan kedua di RP, kawan cuma seorang sahaja. Kita berdua lain kursus lagi, dia la kawan saya bila pergi dan balik sekolah dan juga waktu rehat. Hanya seorang sahaja kawan rapat saya ada waktu itu. Sumpah, buat apa nak bohong kan. Kalau ada pun, rakan sekelas aja, tidak la rapat sangat pun. Tahun petama dan kedua di RP la, sukar sungguh rapat dengan orang. Lebih suka sendirian dari bergaul dengan mereka. Tahun ini, Allah telah berikan saya peluang untuk mengakhiri zaman sekolah saya di RP dengan kawan "kaki gerek", Alhamdulilah. Lumrah hidup setiap manusia untuk melalui masa masa kegembiraan dan kesedihan bukan. Peristiwa yang paling menyedihkan bagi saya apabila saya rasa seolah olah saya sudah kehilangan sahabat baik saya. Bak kata inggeris "I lost my BFF - Best friend forever" Saya tak pasti jika saya betul betul kehilangannya, tapi saya rasa begitu sekarang. Hidup saya ini, hati yang da tulis semenjak mengenali dia lagi bahawa dia lah sahabat karib saya yang amat saya percaya, yang boleh saya luahkan semua masalah, bergossip, berkongsi tentang crush admire lelaki. Dipendekkan kata, dia seorang yang saya selesa berbual dengan. Mungkin waktu itu, kita berdua mempunyai persamaan dan faham pendirian masing masing. Tetapi entah mengapa semua yang seperti hilang begitu sahaja - tanpa sebab. Adakah saya membuat sesuatu yang telah membuat hatinya terluka? Adakah tindakan saya melampau? Apa salah yang telah buat? Itu lah soalan soalan yang sering bermain di minda saya hampir setiap hari. Mestilah, saya "treasure" persahabatan ini. Tapi apakah daya, apa yang boleh buat sekarang? Sekarang, seperti hilanglah tempat mengadu, tempat untuk luahkan masalah. Hilang tempat untuk berkongsi rahsia. Saya kehilangan semuanya. Akhir bulan dis juga, pemergian arwah atok yang kesatu tahun. Seperti baru bulan lepas atuk tinggalkan kami semua. Sedih buat sangat kerana sewaktu pemergiannya saya tak dapat memberikan ciuman di dahi atuk buat kali terakhir. Perkara itu amat menyedihkan saya. Tapi, tak sepatutnya saya bersedih lagi. Atuk mungkin da tenang di sana. Jadi saya disini, hanya dapat kirimkan doa agar dia lebih tenang disana, Al-Fateha. Sampai disini sahaja, buat masa ini. Insya Allah, akan saya tulis lagi dimasa akan datang, amin. Biar tiada orang baca blog ini. Biar cuma seorang sahaja yang membaca blog ini iaitu saya la. Salam Sayang, nurulthesuperduper |